Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pembiayaan Semula Untuk Pinjaman Peribadi

BY Team Loanstreet

Updated 18 Aug 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Masyarakat sering menganggap bahawa pembiayaan semula hanya boleh dibuat untuk pinjaman perumahan sahaja. Tetapi, korang tahu tak yang korang juga boleh membuat pembiayaan semula untuk pinjaman peribadi? Kalau dah tahu, bagus! Kalau belum, takpe at least sekarang korang dah tahu satu benda baru!

 

Walau apapun, teruskan baca artikel ni sebab kami akan menerangkan secara jelas tentang pembiayaan semula untuk pinjaman peribadi kepada korang.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa sebenarnya Pembiayaan Semula ni?

 

Senang cerita, pembiayaan semula berlaku apabila korang menggantikan pinjaman korang – atau dalam beberapa kes, pelbagai jenis pinjaman – dengan pinjaman lain yang mempunyai terma yang lebih menguntungkan. Dengan ini, korang boleh memanipulasi terma dan syarat pinjaman korang supaya korang akan mendapat manfaat dari pinjaman yang baru itu.

 

Mengapa membuat Pembiayaan Semula?

 

Masyarakat sering membuat pembiayaan semula dengan pinjaman mereka sama ada kerana syarat pinjaman mereka tidak memberi manfaat kepada peminjam apabila dibandingkan dengan kadar faedah pasaran ataupun apabila mereka mempunyai kesukaran untuk membuat bayaran untuk pinjaman mereka.

 

Kadar faedah di pasaran sering berubah dan pinjaman korang boleh menjadi tidak menguntungkan apabila pasaran mempunyai perubahan. Jika kadar faedah untuk pinjaman peribadi lebih tinggi apabila dibandingkan dengan pasaran, korang akan dapat menjimat duit apabila korang membuat pembiayaan semula kerana korang akan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah.

 

Selain itu, pembiayaan semula tidak dihadkan untuk pinjaman tunggal sahaja, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menyatukan pelbagai jenis hutang dan menjadikan kepada satu hutang besar yang mempunyai terma yang lebih manfaatkan (sama ada mempunyai kadar faedah yang lebih baik ataupun mempunyai tempoh yang lebih pendek/panjang) dan dapat menjimat duit dalam jangka masa yang panjang berbanding kepada pinjaman tunggal.

 

Selain itu, korang juga boleh menggunakan pembiayaan semula untuk menukar antara kadar faedah tetap dan kadar faedah terapung, bergantung kepada kadar faedah manakah yang akan membawa keuntungan kepada peminjam. Kebaikkan tentang kadar faedah tetap ialah ketidakpastian disingkirkan oleh itu mereka tidak akan diganggu oleh kadar faedah yang sering berubah. Walau bagaimanpun, mereka tidak dapat menikmati keuntungan jika kadar faedah menurun.

 

Untuk kadar faedah terapung pula, mereka boleh mendapat keuntungan jika kadar faedah menurun, tetapi pada masa yang sama mereka akan berada dalam situasi yang susah jika kadar faedah tetiba menaik. Jadi, terdapat kebaikkan dan juga keburukan untuk dua jenis kadar faedah ini, dan pembiayaan semula boleh membantu peminjam untuk memilih kadar faedah yang paling sesuai untuk situasi mereka.

 

Pembiayaan semula bukan sahaja untuk mereka yang ingin memanipulasi syarat untuk menyesuaikan keadaan diri sendiri, tetapi juga digunakan oleh mereka yang berada dalam situasi yang sukar untuk mengikuti terma asal. Istilah yang sering digunakan untuk situasi ini ialah ‘penyusunan semula hutang’.

 

Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan, jumlah pembayaran boleh dikurangkan tetapi mereka akan mempunyai jangka pembayaran balik yang lebih panjang, dan juga tertakluk kepada pelbagai jenis yuran yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.

 

Pembiayaan semula juga boleh digunakan untuk mendapatkan wang tunai tambahan untuk menyelesaikan masalah kewangan dengan mengambil pinjaman yang lebih besar dan meliputi pinjaman asal dan juga mempunyai wang tunai yang melebihi supaya mereka boleh menggunakannya dengan segera. Walau bagaimanapun, peminjam perlu memastikan mereka mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman kerana risiko untuk pembiayaan semula jenis ini amat tinggi.

 

Tips pembiayaan semula untuk pinjaman peribadi korang

 

  1. Mengkaji Skor Kredit korang

 

Skor kredit korang akan memberi kesan yang besar untuk kejayaan pembiayaan semula korang . Hal ini kerana skor kredit dan sejarah pembayaran yang bagus akan memberi korang faedah yang lebih apabila korang berunding untuk terma yang baru. 

 

Jika korang membuat pembayaran balik dalam masa yang ditetapkan, skor kredit korang akan meningkat. Korang haruslah menyelesaikan masalah kad kredit dan membuat pembayaran balik dalam masa yang ditetapkan jika korang mempunyai masalah yang menyebabkan markah kredit korang menurun. Jika korang buat macam yang kami cadangkan,  korang akan dapat meningkatkan skor kredit korang dan berlayak untuk mendapatkan kadar faedah yang terbaik.


Di Malaysia, korang boleh mendapatkan laporan kredit korang dengan melawat cawangan Bank Negara Malaysia. Jangan berlupa untuk membawa Mykad korang dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport untuk pengesahan identiti. Korang boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang lokasi kewangan dan cara untuk mendapatkan laporan kredit korang di sini.
 

  1. Membuat penyelidikan tentang Pinjaman Peribadi


Korang haruslah mengetahui jika pemberi pinjaman korang boleh menawarkan terma yang lebih baik untuk pembiayaan semula. Jika tidak, korang harus membuat penyelidikan ke atas institusi kewangan yang lain dan menentukan syarikat manakah yang memberi terma yang terbaik. korang bolehlah melayari laman web Loanstreet untuk membandingkan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pelbagai jenis institusi.


Apabila korang memilih terma yang ditawarkan oleh pelbagai institusi, pastikan Vmembaca dokumen pinjaman dengan teliti untuk dokumen seperti penalti pra-pembayaran, pembayaran belon, pembayaran dan pelarasan butiran dan sebagainya. Korang tidak harus bersetuju untuk menerima syarat-syarat pinjaman pada hari yang sama korang memohon untuk pinjaman itu. 

Korang patutlah meminta untuk mendapatkan sampel dokumen supaya korang boleh mengambil masa korang untuk mengkaji semula di rumah. Jika korang tergesa-gesa untuk menerima pinjaman baru itu, korang mungkin berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan pinjaman yang asal.
 

  1. Mengira Kos Pembiayaan Semula


Tidak boleh dinafikan bahawa pemberi pinjaman tidak menyukai jika peminjam sering menukar pinjaman apabila mereka mendapati pinjaman yang mempunyai terma yang lebih bagus. Oleh itu, korang perlulah tahu bahawa pembiayaan percuma tidak boleh dibuat secara percuma. 

Pastikan korang telah mengira kira pelbagai jenis perbelanjaan seperti yuran permohonan, pembayaran balik awal, yuran asal dan yuran berterusan apabila korang membuat keputusan untuk membuat pembiayaan semula. Korang kemungkinan berada dalam situasi yang lebih teruk selepas pembiayaan semula ataupun dengan pelbagai jenis yuran yang dikenakan oleh pembiayaan semula telah mengurangkan simpanan korang . Oleh itu, korang perlu mengambil kira semua hal sebelum korang membuat keputusan.
 

  1. Pastikan pinjaman asal korang telah ditutup


korang haruslah ingat untuk menghubungi pemberi pinjaman asal korang untuk memastikan bahawa hutang korang telah dijelaskan. Jika korang tidak mendapat sebarang berita dari mereka, korang haruslah menghubungi mereka supaya pinjaman itu telah dijelaskan. Korang juga boleh mendapatkan laporan kredit yang baru untuk memastikan pinjaman yang asal telah dijelaskan. Bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan.

 

Jangan semberono, rancang elok-elok

 

 

Pasaran sering berubah dari masa ke masa. Oleh itu, situasi kewangan korang juga akan berubah mengikuti pasaran. Korang akan berada dalam keadaan kewangan yang bagus dan akan dapat menjimat duit dalam jangka masa panjang jika korang membuat pembiayaan semula untuk pinjaman korang pada masa yang sesuai. Pembiayaan semula juga boleh menjadi alat untuk membantu korang jika korang berada dalam masalah kewangan. 

 

Kami berharap pengetahuan dan tips yang korang telah perolehi dari artikel ini akan membantu korang untuk mebuat keputusan mengenai pembiayaan semula untuk pinjaman peribadi korang pada masa depan.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

bebas dari segi kewangan, bebas dari kehutangan, aset kewangan, pendapatan, perbelanjaan

Apakah Maksudnya Bebas dari Segi Kewangan?

Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang CCRIS

Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang CCRIS

Apakah Perkara Yang Disemak Oleh Pihak Bank Dalam Aplikasi Pembiayaan Peribadi Anda?

Apakah Perkara Yang Disemak Oleh Pihak Bank Dalam Aplikasi Pembiayaan Peribadi Anda?