1) Utamakan barang keperluan semasa membeli belah
Baju Raya! Kuih Raya! Perabot Raya! Langsir Raya! Bila menjelang musim demam Raya ini, kalau boleh semua bende kita nak tukar serba baharu. Tapi, adakah itu satu keperluan atau kehendak? Tak salah nak berbelanja untuk musim perayaan, tapi korang kena mengamalkan konsep ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’ semasa berbelanja. Korang rancanglah barang apa yang korang nak beli dan utamakan barang-barang keperluan daripada kehendak.
Pastikan korang menetapkan bajet mengikut tahap kemampuan sebelum berbelanja. Sediakan list barang untuk memudahkan urusan jual beli. Korang bukan je boleh jimat duit, masa pun tak terbuang! Selesai shopping, korang boleh fokuskan masa untuk beribadat.
2) Elakkan pembaziran bagi juadah untuk berbuka
Bila tiba musim Ramadan, amalan berbelanja di Bazar Ramadan boleh dikatakan dah jadi satu rutin di kalangan seluruh masyarakat di Malaysia. Tidak kira bangsa Melayu, Cina dan India, juadah yang disediakan boleh dikatakan menarik perhatian, terutamanya bagi golongan yang berpuasa. Tapi, korang janganlah ikut nafsu dan beli makanan bayak-banyak sebab confirm akan berlaku pembaziran.
Pastikan korang bawa duit cukup-cukup je masa pergi bazar. Untuk korang yang bujang, RM10 – RM20 pun dah cukup tau. Ingat, korang ada 30 hari untuk try semua makanan tu, jadi tak perlu beli semua dalam satu hari!
3) Periksa kenderaan sebelum balik kampung
Dah sibuk berbelanja shopping, jangan lupa sediakan bajet untuk servis kereta! Bila kali terakhir korang check kereta korang? Pastikan bateri, minyak enjin, brek, tayar dan aircond korang dalam keadaan baik sekurang-kurangnya sebulan sebelum balik kampung.
Carilah bengkel yang boleh dipercayai supaya tak kena tipu dengan caj yang melampau. Jangan lupa bajet untuk petrol, tol dan lain-lain kos perjalanan. Akhir sekali, utamakan keselamatan korang dan keluarga. Pandu dengan berhemah supaya mencegah daripada berlakunya sebarang kemalangan.
4) Utamakan komitmen korang
Urus kewangan korang dengan bijak semasa musim perayaan. Bila otak dah sibuk fikir nak cari baju Raya dan kuih Raya, komitmen bulanan selalu terabai. Hutang rumah, sewa, kereta, dan kad kredit tetap kena bayar tau. Kalau lambat bayar nanti, faedah bertambah!
Senario yang lain apabila ramai diantara kita mengambil pinjaman peribadi bagi tujuan perayaan. Amalan ini sangatlah tidak digalakkan sebab beban dan hutang korang makin bertambah saja. Pegang balik konsep ‘Ukur Baju di Badan Sendiri’ supaya tak menyesal kemudian hari.
5) Rancang kewangan dan senarai semak untuk sebelum dan selepas musim perayaan
Bila dah excited buat list kewangan semasa musim perayaan, ramai yang lupa dan terlepas pandang untuk plan budget selepas Raya. Itu yang ramai antara kita yang pokai lepas habis raya. Jadi, sementara ada masa lagi ni korang sediakanlah checklist, set bajet awal, dan pastikan korang masih ada simpanan sikit untuk lepas Raya.
Berbelanjalah dengan bijak
Walaupun Hari Raya Aidilfitri hanya setahun sekali, tak semestinya korang kena berbelanja all out. Hayati keindahan perayaan Hari Raya Aidilfitri itu sendiri dengan meraikan perjuangan kita semasa di bulan Ramadan dimana perlu menahan lapar dan dahaga. Bersederhana ketika musim perayaan Aidilfitri adalah satu amalan yang mulia dan dituntut oleh seluruh golongan umat Islam. Hari Raya jadi lebih bermakna bila kita sambut dengan keserdehanaan, bukannya dengan hutang keliling pinggang.
Kami faham susah nak lawan nafsu berbelanja tu tapi kita janganlah ikut gaya orang lain. Hari Raya bukanlah hari untuk menunjuk barang mewah, tapi lebih kepada untuk merapatkan silaturahim dikalangan keluarga, jiran, sahabat dan seluruh masyarakat.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: