Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Korang Ada Simpanan Cukup atau Sebenarnya Terlebih Belanja?

BY Team Loanstreet

Updated 02 Oct 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Korang selalu tak merasa bila hujung bulan je duit dan simpanan korang tinggal nyawa-nyawa ikan? Kalau ya, bermaksud korang kena consider check balik bajet bulanan dan tengok ke mana duit korang sebenarnya menghilang.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Dengan memahami cara korang berbelanja setiap bulan, korang boleh kenal pasti kat mana yang korang terlebih berbelanja, dan mana yang boleh potong. Contohnya, kalau korang perasan banyak sangat habis dekat makan luar, shopping online atau hiburan, itu la petandanya korang kena kurangkan. Bila dah tahu tabiat perbelanjaan sendiri, barulah senang nak rancang bajet ikut pendapatan.



Guna jadual kat bawah ni sebagai contoh untuk korang bahagikan gaji korang: 
 

Jenis Akaun Kadar Catatan
Akaun Sara Hidup 60%
  • Keperluan asas, hiburan, dan keperluan peribadi
  • Dicadangkan untuk simpan sekurang-kurangnya dua bulan pendapatan korang
Akaun Simpanan 15%
  • Bayaran muka rumah, simpanan, dan persaraan
  • Digunakan untuk impian seperti melancong, sambung belajar atau lain-lain
Akaun Pelaburan 25%
  • Untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang
Akaun Luar Jangkaan Empat hingga eman bulan pendapatan korang
  • Digunakan semasa berlaku kecemasan
  • Kad kredit juga boleh dianggap sebagai alternatif lain untuk dana ini kalau korang pandai menggunakannya.

 

Sebagai contoh, jika pendapatan bulanan korang ialan RM3,000, maka 60% daripada pendapatan korang (lebih kurang RM1,800) harus diasingkan untuk kos sara hidup sahaja. 15% (RM450) perlu disimpan dan korang perlu memperuntukkan 25% daripada pendapatan korang (lebih kurang RM750) untuk pelaburan korang.

 

Menyimpan sekurang-kurangnya 15% daripada pendapatan korang secara berterusan akan melahirkan satu perbezaan yang sangat besar. Sebagai contoh: seorang yang gaji sebulannya ialah RM3,000 akan dapat menyimpan sehingga RM5,400 setahun dan ini tidak termasuk kadar faedah yang boleh diperolehi. Simpanan korang nanti boleh digunakan untuk membayar hutang bank atau kad kredit.

 

Sebaik sahaja korang dah konsisten menyimpan, korang boleh start pertimbangkan untuk melabur. Pelaburan seperti stok dan unit amanah adalah salah satu contoh unit pelaburan yang umum tetapi terdapat juga alternatif lain seperti REITs dan duit syiling peringatan. Satu duit syiling peringatan emas sempena pemasangan Yang Di-Pertuan Agong XIV dijual di harga RM1,800 pada tahun 2012 dan harga pasaran sekarang ialah lebih kurang RM3,000. 

 

Tapi tak boleh dinafikan bahawa adalah penting untuk mengetahui pelaburan apakah yang paling sesuai korang. Jadi kalau korang kurang pengetahuan pasal pelaburan ni,lebih baik korang memperuntukkan sedikit duit kepada dana luar jangkaan jika sebarang kecemasan berlaku. Kad kredit juga boleh dianggap sebagai pilihan yang kedua untuk dana ini. 

 

Selain itu, korang kena ingat untuk memperuntukkan sebahagian gaji korang untuk polisi dan perlindungan insurans yang sesuai.Barulah korang dan keluarga tersayang ak susah hati kalau berlaku apa-apa kecemasan nanti. 

 

Kenal pasti matlamat kewangan korang

 

 

Apa-apa pun, yang paling penting sekali korang kena ada matlamat. Bila dah ada matlamat barulah korang boleh buat rancangan. Nak beli rumah? Nak bebas hutang? Nak pencen awal? Kalau korang sendiri pun tak tahu korang nak apa, korang akan hilang fokus dan berbelanja sesuka hati. 

 

Nak stabil kewangan memang susah tapi kalau korang konsisten dengan matlmat korang, kami yakin yang korang boleh capai target korang. 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Settlekan Pinjaman Peribadi Korang Tu Dengan Cara Ni

"Elak buat bayaran tambahan untuk nak settlekan pinjaman peribadi". Kenapa pulak?

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2025

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2025

9 Soalan Simpanan Tetap Yang Perlu Ditanya Sebelum Melabur

9 Soalan Simpanan Tetap Yang Perlu Ditanya Sebelum Melabur